Dua jam lima minit diperlukan oleh wanita untuk bersiap ketempat kerja.
>> Wednesday, September 2, 2009
Seorang wanita mengambil masa hamper 2 jam 5 minit untuk bersiap sebelum ketempat kerja.Lihat persiapan wanita yang saya huraikan dibawah ini.Seorang wanita yang akan ketempat kerja akan bangun seawal jam 5:20 pagi untuk mandi dan bersolat subuh.Masa yang diperlukan lebih kurang setengah jam.Kini jam menunjukkan jam 5:50 pagi dan setelah selesai solat, buka telekong dan menyimpanya kemudian berdandan dan menyikat rambut.Masa yang dihabiskan 35 minit hanya untuk berdandan dan menyikat rambut,manakala memilih baju yang hendak diguna untuk ketempat kerja mengambil masa paling cepat 15 minit.Kita sekarang dapat melihat jam menunjukkan jam 6:40 minit pagi.Masa untuk memakai pakaian dan melihat kecermin mengambil masa kurang 35 minit dan menyembur minyak wangi 4 minit.Sekarang jam telah menunjukkan jam 7:19 minit pagi dan kini tiba masa untuk memakai stokin dan memilih jenis kasut yang sesuai.Masa yang diperlukan oleh seorang wanita untuk memilih kasut ialah 7 minit dan total kesemua masa yang diperlukan oleh seorang wanita untuk bersiap ketempat kerja adalah 2 jam 5 minit berbanding seorang lelaki yang hanya memerlukan 45 minit untuk bersiap ketempat kerja setiap pagi.
0 comments:
Post a Comment