CARA MENGELAK DARI MEMFITNAH ORANG
>> Wednesday, September 2, 2009
Orang dahulu lebih mempercayai mata daripada telinga,mengapa?Kerana apa yang dilihat oleh mata adalah satu kebenaran manakala apa yang didengar melalui telinga belum tentu mengandungi kebenaran.Oleh itu kita sebagai manusia jangan terlalu cepat menafsirkan keburukan seseorang itu jika tidak melihat dengan mata sendiri.Telinga mausia berfungsi seperti perakan suara dan lidah manusia pula seperti pengubah rakaman dari apa yang didengar oleh telinga manusia sehingga benda yang baik itu diperburuk-burukkan sehingga unsur fitnah terjadi.Manakala mata yang melihat sesuatu kejadian itu tidak dapat diubah kerana ianya terlihat dan bukannya kedengaran.Sebagai contoh dalam sebuah bilik ada seseorang menjatuhkan cawan dan dia sendiri melihat bagaimana cawan tadi boleh terjatuh. Sedangkan orang sebelah bilik yang hanya mendengar bunyi cawan jatuh boleh beranggapan bahwa ada pergaduhan didalam bilik tersebut.
Anda nak lihat video srs clik nama UDINS
0 comments:
Post a Comment