Perarakan Maulidur Rasul

>> Tuesday, February 15, 2011

Taman Sri Muda,Shah Alam,Perarakan Maulidur Rasul anjuran persatuan Aceh Malaysia yang diadakan diMasjid Al-Falah taman srimuda mendapat sambutan dari perbagai organisasi.Dianggarkan hampir 700 jemaah berarak bermula dari Masjid Al-Falah dan berakhir di Masjid Al-Falah juga.Tidak ketinggalan juga Ketua Balai Polis Taman Srimuda turut sama berarak bersama jemaah lain.

 Segak bergaya Sargen Halim(ketua balai polis taman srimuda)berarak dibarisan paling hadapan bersama dengan jawatankuasa Masjid Al-Falah.










Sekian dari saya udins penulis blog untuk krt dan srs Taman srimuda zon B.

 Barisan krt dan srs taman srimuda zon b


 Skuad bermotorsikal skim rondaan sukarela atau srs taman srimuda zon B pimpinan En.Sapari dan En.Kashfi




Sumber:dicopy dari blog saya juga srstamansrimuda

Read more...

Pernikahan penulis blog srs taman srimuda

>> Wednesday, January 26, 2011

Penulis blog srstamansrimuda.blogspot.com dan juga penulis blog bugisbukanpati.blogspot.com selamat diijabkabulkan pada 16 january 2011 di Pekan Papar Sabah.Semoga berbahagia hingga keakhir hayat bersama istrinya.







Ya Allah
Andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami cinta
yang menjadikan pengikat rindu Rasulullah dan
Khadijatul Qubra, yang Kau jadikan mata air
kasih sayang Imam Ali dan Fatimah Azzahra
yang Kau jadikan penghias nabi-Mu yang suci
Ya Allah
Kami bersujud memohon ridho-Mu, jadikanlah kami
pasangan yang saling mencintai dikala dekat, menjaga
kehormatan dikala jauh, salinh menghibur dikala
duka, mengingatkan dikala bahagia serta saling
mendo’akan dalam ketaqwaan dan kebaikan
Ya Allah
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
pernikahan kami ini sebagai iabadah kepada-Mu
dan bakti cinta kami kepada Rasul-Mu
Amien…

Read more...

RIBUT GREG 26 DEC 1996

>> Friday, December 24, 2010

Rupa sungai Pampang selepas 14 tahun ribut greg berlalu

KENINGAU 26 DECEMBER 1996 
Peristiwa awal pagi 26 December 1996 itu di luar jangkaan sama sekali.Ribut greg yang sudah pun berlalu di barat laut perairan Sabah tiba-tiba berpatah balik selepas bertembung dengan taufan Fern berdekatan kepulauan Filipina.Biarpun ribut tropika itu hanya berkelajuan 50 km/j,ia bukan sahaja memusnakan beratus-ratus kediaman malah menyebabkan banjir besar khususnya di daerah Kota Kinabalu,Tuaran,Papar dan Keningau.Tanda ingatan tragedi itu cukup memilukan.Seramai 238 orang terkorban dan kira-kira 7.600 penduduk hilang tempat berteduh.Mangsa bukan sahaja dipalit dengan kedukaan kehilangan orang yang tersayang bahkan kerugian akibat bencana itu mencecah sejuta ringgit.Namun dalam setiap malapetaka,wang ringgit dan harta sebenarnya bagaikan tidak bernilai berbanding nyawa.Walaupun Cuma tiga jam melanda,ribut greg telah membawa kesengsaraan yang besar kepada mereka yang masih hidup di tahun 2010 ini.
 


Kejadian itu menyebabkan beberapa kawasan landaaan ribut berubah pemandangannya bak padang jarak padang terkukur.Kebanyakan mangsa ditemui di dalam Lumpur dan runtuhan bangunan oleh anggota penyelamat yang terdiri daripada pasukan polis hutan (kini pasukan gerak am)pga,polis marin,Rejimen askar melayu DiRaja,pengakap sempadan dan pasukan khas mencari dan menyelamat (smart)serta penduduk sekitar.Empat batang sungai utama iaitu sungai Bayoya,Pampang,Senagang dan Liawan turut menjadi saksi kepada peristiwa yang menyayat hati itu.Kini semuanya telah pun berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh ribuan penududk di Sabah,khususnya di Keningau.



Setelah 14 tahun berlalu peristiwa rebut greg di Sabah,namun bahangnya tetap terasa hingga ke hari ini yang bertarikh 25 december 2010..Kenangan pahit ini akan dapat dirasakan pada setiap 26 december setiap tahun oleh mereka yang terselamat daripada bencana greg itu.Kita tidak dapat membayangkan berapa ramai manusia yang tidak sempat bertaubat telah menemui ajalnya pada saat itu,oleh yang demikian kita yang terselamat daripada bencana greg ini masih diberi peluang dan waktu oleh ALLAH S.W.T. untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadanya.Sebagai seorang muslim yang terselamat dari sesuatu malapetaka seharusnya bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T yang telah menciptakan muka bumi dan segala isinya.Semua yang telah terjadi itu adalah ketentuan darinya jua dan kita sebagai hambanya harus redha pada setiap dugaan yang diturunkan kepada kita…Amin yarabbana Alamin….

Read more...

Majlis Sukan Negeri Sabah Dinner

>> Tuesday, August 10, 2010

Tunggu bas datang ambil untuk pergi Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam


Mula Dinner dah ni

Dah selesai Dinner dan dah mula nak balik Rumah

ATURCARA MAJLIS DAN MENU JAMUAN


PETA LOKASI HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

Read more...

photo kenangan sadariah

>> Thursday, July 15, 2010

dari kiri Hawa,irawati,ala dan sadariah


Ala dan Atie yang ni pulak Hawa dan kakaknya...Sadariah
Sape-sape yang kenal kami bolehlaa bagi komen....

Read more...

Tentang Blog Saya

Tidak ada apa-apa yang istimewa dalam blog ini.
Blog ini sekadar untuk menyimpan kenangan untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan di seluruh pelusuk negara..

Lorem Ipsum




  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP